Hebatnya menjadi seorang ibu yang mampu menahan kesakitan seperti 20 tulangnya patah ketika melahirkan anak kesayangannya....
Alangkah Beruntungnya Menjadi ibu dan memiliki seorang ibu....
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).[Luqman 31:14]
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah.[al-Ahqaf 46:15]
“Iqra’ Bismi Rabbikal Lazi Kholaq..”
Di
sebuah masjid di perkampungan Mesir, suatu petang. Seorang Ustaz sedang
mengajarkan murid-muridnya membaca Al-Qur’an. Mereka duduk melingkar
& berkelompok. Tiba-tiba, masuk seorang anak kecil yang ingin
menyertai di lingkaran mereka. Usianya kira-kira 9 tahun.
Sebelum
menempatkannya di satu kelompok, Ustaz itu ingin tahu kemampuannya.
Dengan senyumnya yang lembut, dia bertanya kepada anak yang baru masuk
tadi,
“Ada ayat yang kamu hafal dalam Al-Qur’an?”
“Ya.” jawab anak itu singkat.
“Kalau begitu, cuba bacakan salah satu ayat dari juz ‘Amma?” pinta Ustaz. Anak itu mengalunkan beberapa ayat, fasih & betul tajwidnya.
Merasa anak tersebut mempunyai kelebihan, Ustaz itu bertanya lagi, “Adakah kamu hafal surah Tabaraka?” (Al-Mulk)
“Ya.” jawabnya lagi, dan segera membacanya dgn baik & lancar.
Ustaz
itu pun kagum dengan kemampuan hafazan si anak kecil itu, meski usianya
lebih muda berbanding murid-muridnya yang ada. Dia pun cuba bertanya
lebih jauh, “Kamu hafal surat An-Nahl?”.
Ternyata
anak kecil itu menghafalnya dengan sangat lancar, sehingga kekagumannya
semakin bertambah. Lalu Ustaz itu pun cuba mengujinya dgn surah-surah
yang lebih panjang. “Adakah kamu hafaz surat Al-Baqarah?”
Anak
kecil itu kembali mengiyakan dan membacanya tanpa sedikitpun kesalahan.
Dan Ustaz itu semakin teruja dengan pertanyaan terakhir, “Anakku, adakah kamu menghafal Al-Qur’an ?”
“Ya.” jawabnya dengan jujur.
Mendengar jawapan itu, seketika Ustaz itu mengucapkan,
“Subhanallah wa masyaallah,tabarakkallah.”
Setelah
hari itu menjelang maghrib, sebelum Ustaz tersebut menamatkan kelas
mengaji, secara khusus dia berpesan kepada murid barunya, “Esok, kalau kamu datang ke masjid ini, tolong ajak juga ibubapamu. Ustaz ingin berkenalan dengannya”.
Esok
harinya, anak kecil itu kembali datang ke masjid. Kali ini dia bersama
ayahnya, seperti pesan Ustaz kepadanya. Melihat ayah dari anak tersebut,
si Ustaz bertambah kaget kerana gayanya tidak langsung seperti orang
alim, terhormat & pandai.
Belum sempat dia bertanya, ayah si anak sudah menyapa terlebih dahulu, “Saya
tahu, mungkin Ustaz tidak percaya bahawa saya ini adalah ayah dari anak
ini. Tapi rasa hairan Ustaz akan saya jawab, sebenarnya di sebalik anak
kecil ini ada seorang ibu yang sekuat seribu lelaki. Di rumah, saya
masih mempunyai 3 anak lagi yang semuanya hafal Al-Qur’an. Anak
perempuan saya yang kecil berusia 4 tahun, dan sekarang sudah menghafal
juz Amma”.
“Bagaimana si ibu itu boleh lakukan itu?” tanya si Ustaz tanpa boleh menyembunyikan kekagumannya. “Ibu
mereka, ketika anak-anak itu sudah pandai bercakap, si ibu membimbing
anak kami menghafal Al-Qur’an dan selalu memotivasi mereka melakukan
itu. Tak pernah berhenti dan tak pernah bosan. Dia selalu katakan kepada
mereka, ‘Siapa yang hafal lebih dulu, dialah yang menentukan makan
malam ini’, ‘Siapa yang paling cepat mengulangi hafalannya, dialah yang
berhak memilih ke mana kita boleh bersiar – siar nanti’. Itulah yang
selalu dilakukan ibunya, sehingga tercipta semangat bersaing dan
berlumba-lumba antara mereka untuk memperbanyak dan mengulang-ulang
hafalan Al-Qur’an mereka” jelas si ayah memuji isterinya.
Ya,
perempuan yang telah melahirkan anak itu memang begitu kuat &
perkasa. Sebab membuat permulaan yang baik untuk kehidupan anak-anak,
adalah tidak mudah. Ibu si anak cerdas ini, dia adalah lambang seorang
perempuan solehah yang mewariskan kesolehannya ke dalam kehidupan rumah
tangganya. Dia sebenarnya tidak memulakan kerja kerasnya ketika
anak-anaknya baru belajar bercakap. Tetapi jauh sebelum itu, tenaganya
telah ditumpahkan untuk mengakrabkan mereka dengan bacaan-bacaan
Al-Qur’an semasa mereka masih janin. Dalam keadaan kehamilannya yang
berat, ibu ini hampir setiap hari selalu meluangkan waktu untuk membaca
Al-Qur’an, memperdengarkannya janin yang ada di rahimnya, dalam keadaan
berbaring, duduk/pun bersandar. Perjuangan itulah yang berat tapi itu
pulangan yang kemudian memudahkan lidah anak-anaknya merangkai kata demi
kata dari ayat-ayat Al-Qur’an, saat mereka sebenarnya baru mulai
belajar bicara.
Sebuah
keluarga biasa yang boleh melahirkan anak-anak yang luar biasa. Hanya
seorang ibu yang biasa. Setiap kita dan semua ibubapa tentu bercita-cita
anak-anaknya menjadi generasi yang soleh, cerdas dan membanggakan.
Tetapi tentu perkara itu tidak mudah. Apatah lagi membentuk anak-anak
itu mencintai & mencintai Al-Qur’an. Memerlukan perjuangan, perlu
kekuatan. Mesti tekun & sabar melawan rasa letih dan susah tanpa
kenal batas. Maka wajar jika si ayah mengatakan, “Di sebalik anak ini ada seorang ibu yang kekuatannya sama dengan seribu lelaki.”
Dialah
contoh perempuan yang pernah diwasiatkan Rasulullah s.a.w kepada kaum
lelaki untuk mereka jadikan pendamping hidup di antara sekian banyak
wanita.
Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibubapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Uff”, dan janganlah engkau menengking (dan/atau) menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).[al-Isra 17:23]
SAYANGI IBU SEADANYA...HARGAI MEREKA SELAGI MEREKA MASIH ADA DI DUNIA INI....
No comments:
Post a Comment