Saturday, 16 June 2012

BAHAYA KEPUTIHAN KETIKA HAMIL..

ADAKAH ANDA MEMPUNYAI MASALAH KEPUTIHAN KETIKA HAMIL?



Adakah anda perasan yang anda mempunyai lelehan faraj yang berlebihan semasa hamil? Jangan bimbang, keadaan ini adalah normal.
Lelehan faraj normal atau vaginal discharge akan kelihatan agak keputihan, tidak berbau atau sedikit berbau. Walaupun ia mengalir dengan kuantiti yang lebih banyak semasa hamil, ia kelihatan seperti lelehan yang keluar beberapa hari sebelum anda datang haid. Hormon estrogen yang banyak dikeluarkan oleh uri dan bertambahnya aliran darah disekitar faraj adalah punca kepada fenomena ini.
Anda akan dapati ia akan bertambah dengan banyak sepanjang kehamilan anda. Pada saat-saat akhir kehamilan, anda mungkin akan mengeluarkan plug mukus yang tebal yang membawa isyarat yang kelahiran sudah dekat.

Apa yang perlu saya buat?

Anda boleh gunakan pantiliner sekiranya ia terlalu banyak dan anda merasa selesa. Pastikan kawasan faraj bersih, gunakan alat pencuci yang sesuai dan sapu kering dari depan kebelakang.
Jangan gunakan:
  • Tampoon
  • Sabun yang berbau harum
  • Pad yang harum
  • Kertas tandas
  • Douching
  • Seluar ketat

KEPUTIHAN KETIKA HAMIL AKAN JADI BAHAYA APABILA...

Sekiranya lelehan bertukar warna atau tekstur, atau anda mengalami kemerahan, kekeringan atau kegatalan, kemungkinan anda mengalami jangkitan. Keputihan yang berupa seperti keju mungkin menunjukkan anda mengalami jangkitan kulat. Jumpalah dengan doktor untuk pemeriksaan sekiranya anda fikir yang anda mengalami jangkitan faraj.

Doktor akan melakukan pemeriksaan untuk mengenal pasti jenis jangkitan pada faraj anda..Kemungkinan akan berlaku 2 sebab iaitu samada jangkitan  fungal atau pun bakteria..Wanita hamil tidak semestinya dijangkiti fungal, tetapi juga kemungkinan dijangkiti bakteria pada kemaluan yang disebut sebagai Bacterial Vaginosis (bv)..jika ini berlaku, ia akan memberi masalah kepada bayi dalam kandungan jika tiada rawatan susulan dilakukan....

Antara masalah yang boleh berlaku adalah :
  •  kelahiran bayi pra matang
  • jangkitan kuman pada air ketuban, uri dan bayi

JIKA JANGKITAN KUMAN DISEBABKAN OLEH BAKTERIA STREPTOCOCCUS IA AKAN LEBIH BAHAYA...JANGKITAN SEPERTI INI DINAMAKAN  STREPTOCOCCAL VAGNITIS...IA BOLEH MENYEBABKAN BAYI MENINGGAL DUNIA SEMASA DALAM KANDUNGAN ATAU BEBERAPA HARI SELEPAS DILAHIRKAN KERANA JANGKITAN KUMAN BOLEH MEREBAK SEHINGGA KE OTAK, PARU-PARU DAN HATI BAYI...

JADI BAGAIMANA HENDAK BEZAKAN SAMADA JANGKITAN FUNGAL ATAU BAKTERIA?
Bakterial vaginosis selalunya menyebabkan keputihan keluar dari faraj. Ia berbeza dengan jangkitan fungal. kerana bentuknya bukan seperti ketulan susu basi..ia ibarat lendiran nanah yang keluar dari faraj tetapi tidak berbau..ia juga tidak menyebabkan kesakitan pada kemaluan...

JIKA BERLAKU MASALAH SEPERTI KELUARNYA LENDIRAN KUNING ATAU KEPUTIHAN BESERTA DEMAM, PERGILAH BERJUMPA DOKTOR DENGAN SEGERA KERANA ANTIBIOTIK YANG SESUAI AKAN DIBERIKAN UNTUK MEMBUNUH KUMAN TERSEBUT...SEBELUM ITU DOKTOR AKAN MELAKUKAN UJIAN DARAH DAN AIR KENCING BAGI MENNETUKAN JENIS KUMAN...LENDIRAN FARAJ JUGA AKAN DIAMBIL....
   
  MENGGUNAKAN KRIM DI FARAJ BOLEH MENYEBABKAN JANGKITAN MENJADI BERTAMBAH TERUK..SEGERALAH BERJUMPA DENGAN DOKTOR UNTUK MENGENALPASTI JENIS KUMAN BAKTERIA..JANGAN PANDANG REMEH PADA MASALAH KEPUTIHAN KETIKA HAMIL...

JIKA WANITA YANG PERNAH MENGALAMI JANGKITAN KUMAN STREPTOCOCCAL PADA FARAJ KETIKA HAMIL YANG MENYEBABKAN KEMATIAN BAYI DALAM RAHIM DAN KELAHIRAN PRAMATANG, HARUSLAH MELAKUKAN BEBERAPA UJIAN UNTUK MENGENALPASTI JENIS KUMAN INI...

RAWATAN ANTIBIOTIK AKAN DIBERIKAN APABILA DOKTOR MENGESAHKAN JANGKITAN KUMAN INI...DAN INSYA ALLAH DENGAN IZIN DARINYA ANAK DALAM KANDUNGAN AKAN SELAMAT JIKA RAWATAN AWAL DIBERIKAN...

  • OLEH ITU, JANGAN PANDANG REMEH MASALAH KEPUTIHAN KETIKA HAMIL...
*kredit to Dr Zubaidi Hj Ahmad... 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...