Monday 18 June 2012

BAHAYA PNEUMOKOKOL...JANGAN PANDANG REMEH...

KONGSI INFO : TAHUKAH ANDA.. JANGKITAN PNEUMOCOCCAL AMAT BAHAYA BAGI ANAK-ANAK ANDA...?



12/7 ni nk bawa Ariesya untuk suntikan Pneumokokal. Suntikan ini sebenarnya optional tetapi bila Ibu buat reasearch rasanya eloklah ambil. Mencegah lebih baik daripada mengubati..betul tak? Ariesya kena ambil lagi dua dos masa umur 8 dan 9 bulan. Ibu tak ambil serentak dengan suntikan wajib sebab takut demam..lagipun kesian Ariesya. Suntik di Klinik Soh (KLinik pakar kanak-kanak dekat rumah) dengan kos RM280. Boleh tahan harganya patut kerajaan tak bagi subsidi. Takpe syg..demi kesihatan... berapa pun takpe.

Sedikit info mengenai Pneumokokal (Pneumococol)

Pastinya ramai ibu bapa tertanya-tanya, bagaimana demam panas boleh menyebabkan sawan sehingga boleh berlaku cacat pendengaran, terencat akal atau mungkin membawa maut? Jawapannya, ia berpunca daripada penyakit pneumokokal. Penyakit pneumokokal (PnD) merupakan punca penyakit dan kematian utama yang kini semakin disedari di seluruh dunia. Penyakit ini menjadi punca kematian lebih sejuta bayi dan kanak-kanak setahun.

Apa itu Pneumokokal

Pneumokokal berlaku disebabkan jangkitan kuman pneumokokus atau streptokokus pada organ di dalam tubuh. Selepas bakteria pneumokokus menyerang dan ‘menakluki’ saluran pernafasan atas, ia boleh disebarkan secara setempat atau memasuki aliran darah atau cecair serebrospina (csf) dan menyebabkan pelbagai penyakit.

Sekiranya jangkitan berlaku pada bahagian atas salur pernafasan yang menyebabkan bakteremia (jangkitan kuman dalam darah), sepsis (keracunan dalam darah), meningitis (jangkitan bakteria dalam membran tulang belakang atau otak) dan pneumonia. Jika kuman streptokokus merebak dari dalam hidung ke bahagian atas saluran pernafasan, ia menyebabkan pneumonia (radang paru-paru), otitis media akut (radang pada bahagian tengah telinga) dan sinusitis (radang dalam hidung).

Jika ia tidak dirawat atau gagal dirawat, penyakit pneumokokal boleh menyebabkan kehilangan pendengaran, masalah pembelajaran, gangguan pertuturan, lumpuh kecacatan otak dan kadangkala maut.


Gejala (Pelbagai mengikut penyakit)

Agak sukar dikenalpasti kerana gejalanya seperti demam, berasa seram sejuk dan batuk berbeza mengikut jenis penyakit dan tidak khusus. Lazimnya pengesahan dibuat menerusi ujian rapi seperti x-ray atau ujian makmal. Secara umumnya:

Bakteremia (jangkitan darah) - Demam panas, tidak selesa, jangkitan saluran pernafasan (boleh berlaku atau tidak)
Meningitis - Demam, sakit kepala yang teruk, mual, muntah, cirit-birit, tengkuk menjadi kejang, fotofobia (menjadi sensitif kepada cahaya).
Pneumonia - sawan secara tiba-tiba, pernafasan menjadi cepat dan sukar, sakit dada, menggigil, batuk, demam panas.
Otitis media akut (jangkitan telinga) - Telinga berasa sakit, tidak selesa dan kadangkala mengalami masalah pendengaran seketika.
Sinusitis - Demam, selesema dan batuk.

Cara Sebaran

Bayi baru lahir sehingga berusia 24 bulan menghadapi risiko paling tinggi kerana kandungan antibodi pneumokokus yang rendah. Kanak-kanak yang dihantar ke pusat penjagaan pada waktu siang juga mungkin dijangkiti kerana lebih terdedah kepada bakteria dalam persekitaran pusat jagaan tersebut. Kuman disebarkan kepada kanak-kanak melalui pelukan dan ciuman oleh ibu bapa atau orang dewasa yang mengalami selsema. Ia kemudian disebarkan kepada kanak-kanak lain melalui bersin atau batuk. Selain kanak-kanak, mereka yang HIV positif dan mempunyai sistem imunisasi lemah seperti perokok dan warga emas turut mudah dijangkiti.

Cara Mencegah

Tidak seperti jangkitan bakteria lain, masalah PnD tidak dapat diatasi dengan pengambilan antibiotik. Banyak kes menunjukkan antibiotik tidak berjaya menentang serangan pneumokokus. Pneumococcal Conjugate Vaccine (PCV7) adalah vaksin pertama dan satu-satunya yang mampu mencegah penyakit pneumokokal dikalangan bayi dan kanak-kanak berusia kurang daripada 24 bulan. Vaksin PCV7 membantu melawan penyakit melalui fenomena penggantian ke atas tujuh sterotaip kuman pneumokokus iaitu 4, 6B, 9V,14, 18C, 19F dan 23F. Ia memberikan memori kepada sistem imunisasi dalam tubuh untuk melawan bakteria ini apabila ia memasuki tubuh.

Vaksin ini sudah wujud dan diperkenalkan di negara industri. Masalahnya ia agak mahal terutama di kalangan masyarakat negara membangun di Asia. Tambahan pula ia belum dimasukkan ke dalam program imunisasi kebangsaan di kebanyakan negara Asia seperti Filipina, Indonesia dan Malaysia

Kos Suntikan

Hingga kini vaksin berkenaan boleh didapati pada harga antara RM280 hingga RM320 untuk satu dos. Dos bergantung kepada umur.

Sumber (Halina Mohd Noor; Nor Afzan Mohamad Yusof)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...