Saturday, 9 March 2013

BAHAYA GBS+ KETIKA HAMIL

Infeksi Group B Streptococcus semasa hamil. Apakah risikonya?



Salam semua,
Saya tidak tahu sama anda tahu apakah ujian-ujian yang dilakukan bila anda mengandung. Setiap ujian yang dilakukan kepada anda semasa hamil, mempunyai implikasi dan kepentingan kepada bayi anda. Contohnya Hepatitis B,VDRL untuk sifilis,HIV dan jarang sekali Group B streptococcus(GBS).
Anda mungkin kurang faham akan masalah jangkitan kuman GBS. Ujian GBS bukannya satu ujian yang rutin semasa hamil. Doktor lakukan ujian ini bila anda mepunyai  masalah seperti kelahiran pra-matang,jangkitan kuman pada bayi atau bila anak anda meninggal dalam perut.
OK kali saya hendak terangkan masalah jangkitan GBS.
Apakah Group B Streptococcus(GBS)?

GBS adalah sejenis kuman bakteria yang biasa ditemui dalam usus besar atau rectum. Dianggarkan 20 % atau 1 dalam 5 wanita dijangkiti olih GBS tanpa mengetahuinya. Jangkitan GBS tidak mempunyai simtom-simtom. Di sini anda bolih lihat jangkitan GBS adalah lumrah pada wanita.
Apakah simtom-simtom GBS?

Tak ada
Bagaimana mengenal pasti jangkitan GBS?

Kultur dari vagina dan dubur.
Apakah risiko-risiko GBS?

Semasa hamil

·         Kelahiran pra-matang
·         Air ketuban pecah awal/pra-matang
Neonatal/Bayi

·         Yang paling kerap adalah jangkitan kuman yang serius  pada bayi anda. Insidennya adalah 1 dalam 2000 kelahiran hidup. Dianggarkan 70% bayi yang dilahirkan olih ibu-ibu yang dijangkiti GBS akan dijangkiti kuman ini TETAPI hanya 1 % sahaja yang akan mengalami sepsis/demam. Jika bayi dijangkiti dan mengalami sepsis pada usia awal(< 4 hari), kadar mortality/kematian adalah tinggi(Dianggarkan 20%). Sebab-sebab kematian adalah kerana pneumonia,septicaemia dan meningitis. Dan bayi-bayi yang survive,50% akan mengalami kerosakan neurologi seperti buta dan pekak.

Apakah cara rawatannya?

·         Walaupun kemungkinan ibu-ibu adalah pembawa GBS adalah 1 dalam 5,tetapi saringan GBS tidak dilakukan secara rutin semasa hamil.
·         Walaupun ibu-ibu hamil  diketahui pembawa GBS,antibiotic tidak diberikan semasa hamil kerana GBS akan kembali semula menghuni  vagina selepas habis rawatan antibiotik’
·         Olih kerana itu,rawatan antibiotic akan diberi hanya semasa bersalin.

Siapakah yang perlu diberi suntikan antibiotic semasa bersalin?

·         Ibu-ibu yang mempunyai sejarah bayi  mereka dijangkiti GBS
·         Ibu-ibu yang GBS ditemui dalam vagina atau kencing bila ujian dilakukan.
·         Ibu-ibu yang mempunyai  factor-faktor risiko berikut
o   Pra-matang
o   Air ketuban pecah lebih dari 18 jam
o   Demam semasa bersalin
Kesimpulannya ,pembawa kuman GBS adalah lumrah dikalangan ibu-ibu(20%) dan  risiko untuk bayi di jangkiti GBS juga tinggi(70%) tetapi hanya 1% sahaja yang betul-betul serius. Komplikasi jangkitan GBS pada bayi adalah disebabkan olih pneumonia,sepsis dan meningitis. Jika bayi dijangkiti GBS di peringkat awal usia mereka, kadar kematian disebabkan olih infeksi  ini adalah tinggi(20%). Kalau bayi-bayi ini terselamat, 50% daripada mereka akan mengalami masalah neurologi.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...