KEPENTINGAN VITAMIN DAN MINERAL
Vitamin
|
Fungsi
|
Sumber
|
Kekurangan
|
A
|
·
boleh
ditukarkan menjadi retinal dan retinoic acid, iaitu jenis lain dalam
keluarga vitamin A
·
tumbesaran , tulang dan gigi yang kuat bagi kanak-kanak.
·
Ia
membantu memelihara kulit yang sihat dan mencegah lapisan mulut, hidung,
tekak, paru-paru, penghadaman dan salurkencing dari dijangkiti kuman.
·
menolong badan kita mengatur sistem kekebalan (immune system) di mana
sistem kekebalan badan ini membantu mencegah atau melawan jangkitan
dengan membuat sel darah putih yang menghapuskan bakteria dan virus
merbahaya.
|
telur, susu (lemak
susu), dan hati
|
·
lemah
daya penglihatan pada waktu malam, rabun malam,
·
kekeringan pada bahagian mata putih, selaput seperti keju pada mata
putih.
·
Lemah
daya tahan badan dan ini akan lebih terdedah pada jangkitan.
·
Kulit
menjadi kering dan gatal, hilang selera makan.
·
Tulang
dan gigi menjadi lemah dan keratomalacia iaitu sejenis penyakit di mana
terjadi kerosakkan teruk pada kornea mata yang boleh menjadi buta.
·
Lebih dos:
Bila di ambil berlebihan pula vitamin ini boleh menyebabkan seseorang
itu mengalami sakit kepala, pandangan yang kabur, pitam, cirit birit,
menstfruasi yang tidak tetap, kesakitan pada sendi dan tulang, kulit
yang kering dan merekah, radang pada kulit, rambut gugur, muntah-muntah
dan kegagalan hati.
|
B1 atau Thiamine
|
·
pencerakinan dan penggunaan karbohidrat, lemak dan protin.
·
memelihara sistem saraf dan otot yang sihat serta fungsi jantung yang
normal.
·
membentuk ATP - iaitu bahanapi untuk badan bekerja. Vitamin B1 bekerja
seiring dengan vitamin B2 dan vitamin B3 oleh yang demekian pakar
makanan akan mengesyorkan vitamin B1 diambil sebahagian daripada
vitamin B complex atau lain-lain multivitamin tambahan.
|
gandum atau hasil
gandum,
kacang pis,
kacang,
tepung yang
diperkayakan
ikan
kacang tanah, daging
|
·
Keletihan, lemah badan, hilang selera makan
·
Kegelisahan, gangguan tidur.
·
Beriberi, iaitu sejenis penyakit "metabolic disorder" dengan gejala
seperti cirit, bengkak buku lali dan kaki, kebas tangan dan kaki,
kesakitan dan kegagalan jantung.
·
Sakit
pada bahagian abdomen.
·
Sembelit
·
Gangguan mental atau emosi.
|
B2 atau Riboflavin
|
·
Diperlukan oleh
tubuh untuk metabolisma semua jenis makanan dan mengeluarkan tenaga dan
sel-sel. Diperlukan oleh vitamin B6 dan niasin.
|
Hati, susu, bayam,
mee yang diperkaya dan kulat atau cendawan
|
·
Kekurangannya boleh menyebabkan pecah-pecah dan sakit pada mulut dan
hidung. Begitu juga masalah kesihatan.
|
Niasin (Vitamin B3)
- Niasin ditukarkan kepada niasimid dalam tubuh.
|
·
Diperlukan oleh
enzim-enzim yang merubah makanan kepada tenaga. Membantu mengekalkan
sistem perkumuhan dan saraf yang sihat. Pada dos yang tinggi ia boleh
membantu mengurangkan kolesterol. (Perlu diingat, untuk mendapatkan dos
yang besar perlu terlebih dahulu mendapat nasihat pakar kesihatan).
|
Cendawan, kulat,
ikan tuna, ayam, daging, kacang tanah, bijirin diperkaya.
|
·
Pada
kes yang teruk, kekurangan vitamin ini boleh menyebabkan penyakit
pelagra (sejenis penyakit kulit yang menyebabkan kulit pecah-pecah),
cirit-birit dan sakit mulut.
Lebih Dos:
Ulser, masalah hati, kandungan gula dan asid urik yang tinggi dalam
darah dan masalah jantung.
|
Asid Pantotenik
(Vitamin B5)
|
Mengubah makanan
kepada bentuk molekul. Diperlukan untuk mengeluarkan hormon adrenal dan
bahan kimia yang mengatur fungsi sistem saraf.
|
dalam tisu-tisu
haiwan dan bijirin
|
Ulser pada manusia.
Lebih dos:
Sama seperti pada vitamin B1
|
Piridoksin (Vitamin
B6
|
Diperlukan oleh
tubuh untuk metabolisme dan penyerapan protein dan juga metabolisme
karbohidrat. Membantu membina sel darah merah dan meningkatkan fungsi
sistem saraf dan otak.
|
Lemak haiwan, bayam,
brokoli dan pisang
|
Anemia, bengkeng,
gatal-gatal, kulit bersisik dan sawan.
Lebih dos:
Kerosakan pada sistem saraf.
|
Sianokobalamin
(Vitamin B12)
|
Membina bahan
genetik dan membantu pembentukan sel darah merah
|
hasilan haiwan
.
|
kekurangan darah
(anemia) yang membahayakan serta kerosakan saraf. (Nota: Kekurangan
jarang berlaku kecuali terhadap vegetarian, golongan tua dan mereka yang
mengalami masalah penyerapan makanan pada usus.
|
C
|
·
Vitamin C ialah antioksidan yang diperlukan oleh sekurang-kurangnya 300
fungsi metabolik dalam badan, termasuklah pertumbuhan dan penggantian
tisu, fungsi kilang adrenal, dan untuk gusi yang sihat.
·
pengeluaran hormon anti-stress dan interferon, sejenis protin sistem
imuniti yang penting
·
untuk
metabolisma folik asid , tairosin, dan phenylalanine.
·
boleh
mengurangkan gejala penyakit asma.
·
mencegah daripada kesan merbahaya pencemaran , menolong mencegah kanser,
memelihara daripada jangkitan, dan meningkatkan imuniti.
·
meningkatkan penyerapan zat besi.
·
bercantum dengan bahan toksik seperti sesetengah logam berat, dan
menjadikan mereka tidak merbahaya, oleh yang demikian bahan tersebut
boleh dinyahkan daripada badan. Sedangkan racun labah hitam yang bisa
boleh ditawarkan dengan memberi vitamin C dalam dos yang tinggi.
·
mengurangkan paras "low-density lipoproteins" (LDL) atau kolestrol yang
tidak baik , dan pada masa yang sama meningkatkan " high-density
lipoproteins " (HDL) atau kolestrol yang baik , juga menurunkan tekanan
darah tinggi dan membantu mencegah " atherosclerosis" .
·
egen
dalam pembentukan collagen, vitamin C mencegah daripada pembekuan darah
yang tidak normal dan lebam , boleh mengurangkan risiko katarak
(cataracts), dan mencepatkan penyembuhan luka dan terbakar.
|
buah
beri, buah-buahan sitrus, dan sayuran hijau spt asparagus, avocado,
black currants, kobis bunga, anggur, kubis, lemon, mempelam, biji sawi
hijau, bawang, oreng, betik, kacang peas hijau, nenas, bayam,
strawberri, tomato, dan selada air.
|
·
Lemah
badan.
·
Sakit-sakit dan sengal badan
·
Bengkak gusi.
·
Hidung
berdarah.
·
Scurvy
( pendarahan pada badan, lebam-lebam, dan gusi berdarah; gigi mudah
tercabut; pendarahan ke dalam otot dan sendi, yang menyebabkan
kesakitan).
·
Anemia
|
D
|
Vitamin D, salah satu vitamin larut lemak yang mempunyai sifat sifat
sebagai vitamin dan hormon, yang diperlukan untuk penyerapan dan
penggunaan kalsium dan phosphorus. Ia juga perlu untuk tumbesaran, ia
penting terutamanya untuk tumbesaran tulang dan gigi yang normal pada
kanak-kanak. Ia mencegah daripada otot menjadi lemah dan ia terlibat
mengatur denyutan jantung. Ia juga penting dalam pencegahan dan rawatan
kanser kolon, osteoarthritis, osteoporosis, dan hypocalcemia,
meningkatkan imuniti, ia juga perlu untuk fungsi tairoid pembekuan darah
yang normal.
Terdapat beberapa bentuk vitamin D , termasuk vitamin D2
(ergocaliciferol), yang datang dari sumber makanan; vitamin D3
(cholecalciferol), yang disintesis dalam kulit kesan tindakbalas kepada
dedahan cahaya ultraunggu matahari ; dan dalam bentuk tiruan dikenali
sebagai vitamin D5. Daripada tiga bentuk vitamin D tersebut,
vitamin D3 dianggap sebagai vitamin D dalam bentuk semulajadi
dan lebih aktif
|
Vitamin D boleh diperolehi daripada minyak hati ikan, ikan air masin ,
hasil tenusu, dan telur . mentega, minyak ikan kod, putih telur, ikan
halibut, hati, susu, oat, ikan salmon, sardin, ubi kentang, tuna, dan
minyak sayuran . Vitamin D juga terbentuk oleh badan kesan dari
tindakbalas terhadap cahaya matahari pada kulit.
|
·
Rickets, pada kanak-kanak
( cacat tulang, terutamanya tulang belakang, kaki dan tengkorak; tulang
mudah patah; bengkak sendi; dan lemah otot).
·
Osteomalacia, pada orang dewasa ( tulang menjadi lembut, yang
menyebabkan sakit, terutamanya pada kaki, pinggang, leher, dan tulang
dada; mudah patah tulang; kejang otot pada tangan, kaki, dan tekak).
·
Lebih Dos:
Pengambilan secara berlebihan boleh menyebabkan seseorang itu mengalami
pengumpulan kalsium pada organ tubuh, tulang rapuh dan kerosakan pada
sistem renal dan kardiovaskular.
|
E
|
Vitamin E ialah salah satu antioksidan yang penting dalam pencegahan
kanser dan penyakit kardiovaskular. Ia memperbaiki peredaran darah, yang
mana perlu untuk memperbaiki tisu, dan sangat berguna dalam rawatan
"premenstrual syndrome" dan penyakit fibrocystic buah dada. Ia
memelihara pembekuan darah yang normal dan penyembuhan, mengurangkan
parut yang diakibatkan oleh sesetengah kecederaan, mengurangkan tekanan
darah, membantu dalam pencegahan penyakit katarak, meningkatkan prestasi
atlit, dan mengendurkan otot kaki dari kekejangan.
boleh
meningkatkan pengeluaran air mani pada sesetengah lelaki. Ia juga
mengekalkan kesihatan saraf dan otot dan di masa yang sama menguatkan
dinding kapilari. Vitamin E menggalakkan kulit dan rambut menjadi sihat,
dan membantu mencegah anemia dan "retrolental fibroplasia", sejenis
gejala mata yang boleh menjangkiti bayi pramatang. Satu kajian yang
dijalankan oleh National Cancer Institute pada tahun 1998 mendapati
bahawa pengambilan vitamin E dalam jangka masa panjang dapat
mengurangkan risiko kanser prostat di kalangan penghisap rokok.
Lain-lain kajian megesyorkan bahawa vitamin ini dapat memperlahankan
perkembangan penyakit Alzheimer. Sepanjang ini diketahui bahawa vitamin
E telah menunjukkan kesan pencegahan kepada lebih kurang 80 jenis
penyakit.
|
Vitamin E is didapati daripada sumber makanan berikut: minyak sayuran,
sayuran berdaun hijau gelap, kacang, biji-bijian , dan semua bijirin.
Vitamin E juga boleh didapati daripada beras perang, makanan daripada
jagung, telur, rumpai laut, hati yang dikeringkan, susu, oat, daging
organ , kacang soya, ubi kentang, selada air, dan gandum.
|
·
Mudah
radang dan odema ( pengumpulan air dalam tisu), pada bayi.
·
Penuaan kulit sebelum masa.
·
Rambut
gugur
·
Anemia.
|
K
|
Vitamin K is diperlukan untuk pengeluaran prothrombin, yang mana perlu
untuk pembekuan darah. Ia juga mustahak untuk pembentukan dan pembaikian
tulang; ia diperlukan untuk sintesis osteocalcin, protin yang terdapat
dalam tisu tulang yang mana kalsium menjadi hablur. Akibatnya , ia boleh
menolong mencegah osteoporosis.Vitamin K memainkan peranan penting di
dalam salur usus dan membantu menukarkan glukos kepada glikogen untuk
disimpan dalam hati, memelihara fungsi hati sentiasa sihat. Ia boleh
meningkatkan daya tahan kepada jangkitan pada kanak-kanak dan menolong
mencegah kanser. Ia menolong melanjutkan usia.Terdapat
tiga bentuk vitamin K: vitamin K1
(phylloquinone atau phytonactone), didapati daripada tumbuhan; vitamin
K2,keluarga daripada bahan dipanggil menaquinones, yang dibuat oleh
bakteria usus; dan vitamin K3 (menadione), adalah bahan sintetik.
|
Vitamin K didapati daripada beberapa jenis makanan termasuk asparagus,
blackstrap molasses, kobis bunga, Brussels sprouts, kobis, sayuran
berdaun hijau gelap , puteh telur, daun salad , hati, oatl,, rai, kacang
soya, gandum dan yogurt. Bagaimanapun, majoriti bekalan vitamin ini
untuk tubuh kita didapati hasil daripada sintesis bakteria "baik" yang
terdapat dalam usus.
|
Lemah daya pembekuan
darah yang boleh menyebabkan pendarahan gusi, hidung, usus, dan salur
kencing; penyerapan darah daripada luka; dan pendarahan otak, bagi kes
yang teruk.
Lebih dos:
Boleh menyebabkan jaundis pada bayi.
|
Vitamin/
Mineral
|
Sumber
|
Peranan Pada Tubuh
|
Kesan kekurangan dan
lebihan Dos
|
Kalsium
|
Susu, dadih, keju, sardin, brokoli dan daun lobak putih.
|
Membantu membina tulang dan gigi yang kuat. Mengingkatkan fungsi
otot dan saraf. Membantu darah membeku. Menggiatkan enzim-enzim yang
diperlukan tubuh untuk menukarkan makanan kepada tenaga.
|
Kekurangan:
Riket (sejenis penyakit tulang) pada kanak-kanak, osteomalasia
(tulang lembut) dan osteoporosis pada orang dewasa.
Lebih dos:
Mengalami sembelit, karang, ginjal, pengumpulan kalsium pada
tisu-tisu badan. Menghalang penyerapan zat besi dan mineral-mineral
lain. |
Fosforus
|
Dada ayam, susu, kekacang, kuning telur dan keju.
|
Ia bergantung dengan kalsium dalam pembinaan tulang dan gigi yang
sihat. Diperlukan untuk metabolisme, kimia tubuh, fungsi saraf dan
otot.
|
Kekurangan:
Walaupun jarang berlaku, ia dapat menyebabkan seseorang itu
mengalami lemah-lemah tubuh, sakit tulang dan kurang selera makan.
Lebih dos:
Menghalang penyerapan kalsium oleh sistem tubuh. |
Magnesium
|
Ayam, daging lembu, sayur-sayuran hijau, brokoli, bertih jagung,
biji janggus dan gandum.
|
Menjana enzim yang diperlukan untuk mengeluarkan tenaga dalam tubuh.
Diperlukan oleh tubuh dalam pembentukan bahan genetik dan
pertumbuhan tulang.
|
Kekurangan:
Loya, bengkeng, lemah-lemah otot, kekejangan dan masalah jantung.
Lebih Dos:
Loya, muntah-muntah, tekanan darah rendah, gangguan sistem saraf.
Amaran:
Lebih dos dapat membawa maut pada mereka yang menghidap penyakit
ginjal. |
Kalium
|
Kacang tanah, pisang, jus oren, kacang hijau, cendawan, brokoli dan
biji bunga matahari.
|
Membantu mengekalkan keseimbangan cecair badan dan amat diperlukan
oleh fungsi saraf dan otot.
|
Kekurangan:
Loya, kurang selera makan, lemah-lemah otot dan rasa tidak selesa
terutamanya bagi mereka yagn mengalami cirit-birit. Jarang terdapat
kes lebih dos dalam mineral ini.
|
Folik Asid
|
barli, daging lembu, bran, ragi yang ditapai, beras perang, keju,
ayam, buah kurma, sayuran berdaun hijau, daging kambing, hati, susu,
cendawan, oreng, sayuran berubi, ikan salmon, tuna, gandum, dan
bijirin.
|
Folik Asid dianggap
sebagai makanan otak, ia diperlukan untuk pengeluaran tenaga dan
pembentukan sel darah merah. Ia juga menguatkan imuniti dengan
membantu dalam pembentukan yang sesuai dan fungsi sel darah putih.
Oleh kerana ia berfungsi sebagai koenzim dalam sintesis DNA dan RNA
, ia adalah penting untuk pecahan dan penyalinan sel yang sihat.
Folik asid terlibat dalam metabolisma protin, dan telah digunakan
dalam pencegahan dan rawatan folik asid anemia. Zat ini juga boleh
membantu dalam depresi dan "anxiety".
Folic acid sangat
penting dalam kehamilan. Ia membantu mengatur pembentukan sel saraf
"embryonic" dan " fetal" , yang mana amat penting untuk tumbesaran
yang normal.
Folic asid sangat berkesan apabila digabungkan dengan vitamin B12
dan vitamin C.
|
Sakit disekeliling
mulut
Sakit lidah
Anemia.
Tumbesaran yang lembap, pada kanak-kanak. |
Zat besi atau iron
|
hati, tiram, kerang, buah pinggang, daging tanpa lemak, ayam/itik
dan ikan. Kacang dan sayur yang dikeringkan adalah sumber iron yang
baik daripada tumbuhan
|
Zat besi atau iron
adalah nutrien penting untuk badan manusia. Seorang lelaki dewasa
yang sihat mempunyai 40 hingga 50 mg iron per kilogram berat badan
manakala bagi wanita dewasa mempunyai 35 hingga 50 mgs per kilogram
berat badan.
Iron memainkan
peranan penting dalam pengangkutan oksigen daripda paru-paru ke
tisu. Iron bergabung dengan oksigen di dalam paru-paru dan
melepaskan oksigen dalam tisu-tisu yang memerlukan. Iron digunakan
dalam pembuatan haemoglobin.
Iron juga berperanan penting dalam fungsi normal imuniti. Kekurangan
iron telah menunjukkan badan kita mudah mendapat jangkitan.
|
Keletihan, lemah badan
Berdebar, sakit dada.
Kesukaran bernafas.
Anemia.
|
iodin
|
udang kara, tiram,
sardin dan rumpai laut adalah sumber iodin yang baik.
Jumlah iodin yang terkandung dalam susu dan telur adalah ditentukan
oleh jumlah iodin yang terdapat dalam makanan ternakan tersebut.
Kandungan iodin yang terdapat pada sayur-sayuran adalah berbeza
mengikut jumlah kandungan iodin yang terdapat pada tanah.
|
Fungsi iodin yang
diketahui ialah sebagai bahagian perlu kepada hormon tairod. Hormon
tairod mengatur banyak aktiviti berlainan termasuk tumbesaran,
pembiakan , fungsi neuromuskular, pertumbuhan kulit dan rambut,
metabolisma selular, dan menolong melepaskan tenaga ke dalam sel.
Badan kita biasanya mengandungi 20 – 30mgs iodin. Lebih kurang 60%
daripadanya terdapat dalam kilang tairod, selebihnya didapati pada
keseluruhan tisu badan , terutamanya dalam ovari, otot dan darah.
|
Penyakit Goitre (benguk)
iaitu pembesaran kilang tairod
IQ rendah
Hypothyroidism.
Cretinism (cacat fizikal dan mental), pada kanak-kanak
|
Potassium
|
Potassium wujud hampir
pada semua bahagian dalam haiwan dan tumbuhan asli, dan terdapat
dalam hampir semua makanan yang kita makan. Dengan memakan
buah-buahan dan sayur-sayuran yang mana kaya dengan potassium dapat
menambah pengambilan potassium. Buah-buahan yang kaya dengan
potassium termasuklah pisang, limau, jus limau, anggur, jus anggur,
tembikai, prun, peach, pear, dan avocado.
Sayur-sayuran yang
kaya dengan potassium termasuklah mentimun, ubi kentang. kobis,
kacang, kacang peas dan tomato.
Lain-lain sumber potassium yang baik ialah hasil susu dan daging
termasuk daging lembu, kambing, ayam dan ikan
|
Potassium diperlukan
untuk mengekalkan imbangan cecair badan, menghantar isyarat saraf,
pelepasan insulin, dan kontraksi otot.
Kekurangan
potassium bukanlah sesuatu yang jarang berlaku kerana pengambilan
garam yang banyak, makan makanan yang dikilang, pengambilan diuretik
dan meminum air yang banyak akan menyahkan potassium daripada badan
kita.
Mereka yang
mengambil diuretik untuk mengawal penyakit darah tinggi dan sembab
hendaklah berhati-hati apabila mengambil makanan yang tinggi
kandungan potassium kerana banyak jenis diuretik yang menyebabkan
kehilangan potassium dalam air kencing.
Alkohol, kopi, gula, diuretik, makanan berkarbohidrat rendah ,
tekanan mental dan fizikal, boleh menyebabkan kekurangan potassium.
|
Keletihan, lemah badan.
Tekanan mental, denyutan jantung tidak normal.
Kulit kering, tekanan darah rendah.
Sembab, terdapat protin dalam air kencing, dan kejang otot
|
|
|
|
No comments:
Post a Comment