Friday 25 May 2012

VITAMIN TERBAIK UNTUK IBU HAMIL

Vitamin Terbaik Untuk Ibu Hamil Sihat Trimester I &II 

 

Alhamdulillah saya gembira dan bersyukur bila pagi tadi mendapat berita gembira dari pelanggan setia Vitamin Sihat&Cantik Online iaitu Puan Suhaila dari Johor yang beliau telah hamil.Anda ingin tahu vitamin apa yang perlu diambil ketika hamil.Buat semua ibu yang hamil saya mengharapkan tahap kesihatan anda berada pada tahap yang paling baik dan ibu-ibu tabahkalah hatimu menghadapi hari-hari sukar

Trimester Pertama 
Ok Jom Kita lihat apakah jenis Vitamin untuk Ibu2 ini
Ibu hamil hanya memerlukan vitamin asas ketika hamil kerana apa yang penting sekarang adalah kandungan ibu. Antara viamin yang disarankan adalah Protein, Multivitamin dengan Iron, B-complex yang lengkap dengan asid folik, Vitamin C, Kalsium serta Omega ( Minyak Ikan).
 
• Fungsi setiap vitamin

• Secara ringkasnya kepentingan vitamin tersebut adalah :

1-Protien : untuk bina sel. Sel terbina dari protien. Tanpa protien, pembinaan dan  perkembangan sel boleh terbantut.

2-Multivitamin dengan zat besi : demi memastikan sel mendapat semua vitamin penting dalam membentuk membentuk organ. Zat besi penting untuk pembinaan darah dan pembesaran janin.

3-B complex : penting untuk pembinaan sel darah, sarah dan beberapa organ penting termasuk tengkorak kepala.

4-Vitamin C : pembentukan kolagen dan membantu sistem antibodi.

5-Kalsium : pembinaan sel darah merah serta tulang bayi. Pastikan kalsium anda lengkap dengan Vitamin D serta Magnesium.

6-Omega : membantu pembentukan sel otak.
Perhatian!! Pengambilan Omega hanya selepas memasuki trimester ke 2 atau 6 bulan kandungan untuk lebih selamat.

Semua di atas adalah mengikut kemampuan ibu semua. Jilkalau ibu tidak mampu nak beli semuanya..hanya memadai mengambil asas iaitu Set A yang mengandungi Vitamin C, B Kompleks dan VitaLea (multivitamin)..dan add on 1 canister  ESP dan Trial Pack Shaklee serendah rm80





                                           +
                              Vitamin Ibu Hamil Trimester II
                                     
Namun begitu Saya memahami ada di antara ibu-ibu yang mengamalkan sesetengah vitamin untuk kecantikan kulit mahupun diet. Vitamin seperti Vitamin E, Carotomax ,Alfalfa, GLA complex, VIVIX dan Cinch perlu DIHENTIKAN PENGAMBILANNYA SERTA MERTA kecuali atas saranan doktor sendiri.
berikut ialahVitamin Larangan tersebut


 Saya pasti setiap ibu yang mengandung pasti akan menjaga makan..rajin mengambil supplemen dan menjaga diet seharian untuk memastikan bayi dalam kandungan mendapat zat yang mencukupi..Jom kita baca apa yg kaum ibu perlu makan dalam menu harian :-

• Produk tenusu + ikan sardin dalam tin = kuatkan tulang

• Ayam + yogurt + kekacang = Pertumbuhan dan pembaikan sel tubuh

• Ikan + minyak zaitun + avokado = Merangsang otak bayi

• Kekacang lentil + makanan berbijirin penuh = Bantu cegah kecacatan saraf otak sewaktu kelahiran

• Strawberi + lada benggala = Langkah pencegahan pra-matang

• Telur + kekacang + daging tanpa lemak = Untuk pertumbuhan otot dan organ dalaman

Semua makanan diatas boleh didapati dalam pemakanan seharian kita..TAPI adakah kita mampu untuk makan semua itu semata-mata..adakah kita mampu hendak makan strawberi, brokoli, oren, plum, beri, mangga dan tomato setiap hari? Kekadang kita terliur gak tengok KFC, PIZZA, BURGER KING dan McD kan? Sudah tentulah diet kita telah tersasar..Haa, kat sini la perlunya vitamin-vitamin bagi menyokong dan menampung ketidakstabilan pemakanan seharian kita..menampung mana-mana ruang-ruang nutrisi yang tidak terdapat dalam pemakanan kita..Hasilnya untuk jangka masa panjang, untuk diri sendiri dan bayi yang dikandung..mesti kita hendak yang TERBAIK untuk bayi kita kan..
Berikut ialah Huraian terperinci yang dicadangkan seperti diatas

                                       OsteMatrix(calcium magnesium)
                                           4 biji sehari


Ibu yang mengandung memerlukan 1000mg-1300mg sehari. Ostematrix ini mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D. Kiranya 3 in 1 la..Setiap 1 biji OsteMatrix mengandungi 250mg kalsium. Magnesium berfungsi untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya..vitmain D pula untuk merangsang penyerapan kalsium. Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi dan pembentukan tulang bayi. Tidak mengandungi lemak berbanding bagi ibu yang hanya bergantung dengan produk tenusu. Kalsium penting untuk darah membeku dengan sempurna. Membaiki rangsangan urat saraf, mengelakkan kekejangan otot terutama bagi ibu mengandung serta kalsium juga penting untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi.Sekiranya ibu mengandung kekurangkan kalsium ia akan menjejaskan pertumbuhan bayi dan turut menyebabkan penyusutan jisim tulang dan berlakunya kerosakan gigi kepada ibu itu sendiri. Ini kerana apabila kalsium untuk bayi tidak mencukupi maka badan ibu dengan sendirinya menarik kalsium dari tulang ibu untuk membantu menguatkan bayi dan kesannya ibu mungkin terdedah kepada risiko mendapat osteoporosis di usia tua.

Energizing Soy Protein
 (minum sehari sekali)
Testimoni ESP untuk Ibu Mengandung & Menyusu
Ianya sangat penting untuk membina dan memperbaharui se-sel tisu, hormon dan enzim di dalam tubuh. Sangat diperlukan oleh wanita yang mengandung dan menyusukan anak. Penting untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit. Protein yang berkualiti sangat membantu pertumbuhan yang baik. Ianya juga dikatakan kunci untuk melawan penyakit. ESP juga memberi ibu tenaga di mana bagi mereka yang mengalami morning sickness yang agak teruk. Ia juga memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat. Selain itu, protein ini juga membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi. Keperluan protein sewaktu mengandung perlulah mencukupi bagi membantu pertumbuhan plasenta, uterus, penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang bertambah. Keperluan protein ini semakin penting ketika memasuki trimester ke 3 bagi membantu memaksimumkan pertumbuhan fetus.

Omega 3 (Omega Guard) -
 1 biji sehari

Ianya sangat penting dalam membantu pembentukan otak bayi dari peringkat awal pembentukan. Mengandungi DHA yang sangat penting untuk otak. DHA dan EPA dari Omega nie penting untuk pembentukan otak dan mata baby. Untuk ibu pula, ia membantu mengawal paras kolesterol dalam badan

Vitamin B Complex
(1 biji sehari)
B Compleks Shaklee adalah unik kerana ia telah lengkap dengan asid folik dan juga 8 kumpulan B. Asid folik sangat penting untuk pembinaan tulang dan bagi mengelakkan kecacatan pada janin, mengurangkan risiko kecacatan saraf pada bayi khususnya 'spina bifida'. Ibu memerlukan sekurang-kurangnya 400 mg keperluan asid folik sehari. Penting bagi menjamin keperluan asid folik ini mencukupi 3 bulan sebelum ibu merancang untuk mengandung hinggalah tempoh awal mengandung. Ini kerana masalah gangguan pertumbuhan saraf dan neuro ini boleh berlaku seawal minggu pertama mengandung ketika janin baru terbentuk.

Vitamin C
(1 biji sehari)
Melindungi sel penting dalam pembinaan kolagen dalam membina dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan dan juga sangat penting untuk gusi dan gigi yang sihat. Ianya juga membantu dalam penghadaman zat di samping Vitamin C meningkatkan taraf sistem pertahanan tubuh. 1 biji vitamin C bersamaan dengan 7 biji oren. Mampukah kita nak makan 7 biji oren sehari? Selain itu vitamin C juga dapat membantu mempertingkatkan kadar serapan zat besi yang sangat penting untuk pembentukan hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah.

Vita-Lea Iron Formula
 (1 biji sehari )
Vita-Lea adalah multivitamin jadi ibu tidak perlu mengambil obimin lagi. Di dalamnya kaya dengan iron (zat besi) di mana jika ibu ada masalah masalah pitam atau mudah pening ataupun masalah anemia. Anemia ini berbahaya kepada anak dan ibu ketika bersalin kelak. Oleh itu, pengambilan multivitamin amat penting semasa mengandung.

Penjagaan pemakanan amat penting ketika mengandung ni kerana banyak zat-zat dan nutrisi telah 'ditarik' oleh anak yang dikandung bagi pertumbuhan dan pembesaran di alam rahim. Masa mengandung ni pula memang ibu akan mengalami keletihan, lesu, penat, lenguh-lenguh sendi, sentiasa mengantuk dan seangkatan denganya..Ibu juga tidak mampu bergerak cergas dengan muatan yang lebih..Oleh itu, pertumbuhan baby yg dikandung bergantung kepada pemakanan ibu yang sempurna..Peliharalah kesihatan anak anda sejak dari alam rahim lagi....tak rugi cuba…dan rasai kehebatannya..

Jika anda ingin bersama kami tetapi masih ragu-ragu untuk memilih vitamin apa yang sesuai serta mungkin mempunyai kekangan kewangan boleh hubungi saya selaku perunding kesihatan anda dan saya juga menyediakan Trial Pack disini untuk 30 hari serendah RM80


Sekarang semuanya bergantung pada diri anda. Anda yang berhak untuk meningkatkan Tahap Kesihatan Anda. KINI Pilihan ditangan anda..Konsultasi bersama saya adalah PERCUMA..
JOM BERUBAH! SIHAT BERSAMA SHAKLEE

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...